NADI X ENTERPRENEUR : Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan Strategi Pemasaran Digital (Modul 1)
8 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 07 Oktober 2025, telah berlangsung NADI X ENTERPRENEUR : Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan Strategi Pemasaran Digital (Modul 1). Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang Webinar ini berlangsung, Encik Hanafi Sharin memberi penerangan mengenai apa itu pemasaran digital. Selain itu, Encik Hanafi Sharin memberi penerangan mengenai contoh-contoh pemasaran digital seperti media sosial, laman web, email, enjin carian dan aplikasi mudah alih. Seterusnya, Encik Hanafi Sharin memberi penerangan mengenai perbezaan di antara pemasaran tradisional dan digital. Antara lain, Encik Hanafi Sharin memberi penerangan mengenai manfaat pemasaran digital seperti menarik perhatian pelanggan, nampak lebih hebat daripada pesaing dan membina kesetiaan pelanggan. Encik Hanafi Sharin turut memberi penerangan mengenai proses pemasaran digital antaranya adalah membina strategi dan pelan, mereka kandungan, implementasi dan pemantauan dan pemilaian. Akhri sekali, Encik Hanafi Sharin memberi penerangan mengenai strategi pemasaran contohnya nama perniagaan, produk / perkhidmatan, profil pelanggan, cabaran, tingkah laku, manfaat dan 3 nilai tawaran.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang kegunaan AI untuk mencipta kandungan yang menarik & pantas. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan di antara staf NADI dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: